Sebab kadang-kadang tu kan aku macam mahu sepak bahu orang yang kadang-kadang deserve sepakan di bahu tu kan.
Tapi aku tak sampai kalau nak sepak bahu dia. Kalau dia duduk atas lantai boleh lah kot.
Tapi kalau duduk atas kerusi pon tak sampai.
Bak kata Muizz, I am ‘undertall’. Bukan short ye tuantuanpuanpuan.
Sebab ape kau nak tau tak? Eh, kenapa aku suka start ayat dengan sebab ah? Sebab la, because la, ape la, ape la, ape la.
Okay. Sebab apa kau nak tau tak? Sebab orang macam ni kan lagi best kalau duduk dalam gua. Senang sikit. Boleh carik pasal dengan kelawar ke, taik kelawar ke, batu ke, Bigfoot ke kan? Sebab kalau dia tak dok dalam gua dia carik pasal dengan manusia. Dan bila dia carik pasal dengan manusia dia mendorong manusia tu rasa nak sepak bahu dia walaupun manusia tersebut ‘undertall’.
Dalam kes ini sayalah manusia tersebot.
Sebab kan, orang jenis macam ni kan, kan kan kan, kan, sewajarnye di duct-tape kat mulut nya supaya tidak terkeluar lazer-lazeran sekalian alam. Kalau beli insuran pon insuran tak berani nak cover tau. Mulut macam sampah uols tau taaak. Benci mak.
Tapi kan. Tapi kan kan kan. Kalau kita mengata dia dia sedih gilaaaaa. Siap guling-guling atas katil menangis panggil Mamiiii mamiiiii orang kena buliiii!!! Mamee Monster pon tak nak tolong kau tau tak. Eiiiii tumbuk tau la.
Aku memang menyampah tengok orang kutuk-kutuk orang kat Facebook ni, macam tak reti letak nama. Takot le tu. Tapi aku pon tak letak nama. Hahahahahahahaha cool kan?
0 liver pickle(s):
Post a Comment